Wednesday, April 7, 2010

Khasiat Aloe Vera

Apa itu Aloe Vera?

Perkataan 'Aloe Vera' datangnya daripada Bahasa Arab 'Alloeh' yang bermaksud bahan pahit yang berkilat dan dalam Bahasa Latin pula 'Aloe' adalah pokok manakala 'Vera' pula bermaksud tulin atau pokok tulin. Pokok Aloe adalah tergolong dalam keluarga tumbuhan 'Lily'.

Terdapat lebih 300 spesis Aloe Vera di bumi ini dan hanya beberapa sahaja yang dikenalpasti memiliki khasiat rawatan dan nutrien yang boleh digunakan. Aloe Barbadensis Miller adalah diantaranya dan yang paling banyak digunakan oleh masyarakat dunia.

Kegunaan Aloe Vera telah bermula sejak zaman purba mesir lagi oleh 'Ratu Cleopatra' dan 'Ratu Nefertiti' bagi penjagaan kecantikan dan kulit mereka. Dikatakan 'Cleopatra ' mandi didalam jel Aloe Vera setiap hari demi menjaga kecantikan beliau.

Selain itu, bangsa Grik, Cina dan India juga telah lama menggunakan Aloe Vera untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Mengikut sejarah peperangan juga, dikatakan 'Alexander' pernah disuruh oleh Aristotle supaya menakluk Pulau Socorro kerana pulau itu mempunyai pokok Aloe Vera yang banyak bagi kegunaan merawat luka dan kecederaan bala tentera perangnya.

Hari ini, pokok ajaib ini telah digunakan secara meluas dalam kosmetik, penjagaan dan perawatan kulit serta jus Aloe Vera untuk penjagaan kesihatan dalaman.


Aloe Vera juga dikenali dengan nama -
'Miracle Plant'...'Natural Healer'...'Burn Plant'...'Medicine Plant'...'Wand of Heaven'...'Plant of Life'

Aloe Vera adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai pelepah daun yang besar dan banyak pada setiap pokok. Setiap pelepah daun pula memiliki lendir jernih yang pekat didalamnya dan lendir inilah yang mengandungi pelbagai khasiat perawatan dan nutrien.

Hanya penggunaan lendir jernih ini sahaja yang boleh menghasilkan produk Aloe Vera yang bermutu tinggi kerana daun aloe tidak mempunyai sebarang khasiat. Aloe Vera sebenarnya tidak menyembuhkan apa-apa tetapi membekalkan segala nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan supaya ia dapat kembali dengan cepat kepada proses penyembuhan semulajadi yang dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia.

Antara kegunaan Aloe Vera...
• Pelembap semulajadi
• Merawat kulit terbakar atau melecur
• Merawat luka
• Menghilangkan parut dan kedut
• Menghilangkan kesan lemak selepas bersalin
• Menegangkan kulit muka
• Pelembap dan vitamin kepada kulit kepala
• Menurunkan suhu badan (panas badan)
• Membantu proses penghadaman dan atasi masalah sembelit

Kegunaan diatas adalah diantara kelebihan dan khasiat yang boleh didapati hasil daripada penggunaan lendir Aloe Vera secara semulajadi.

2 comments:

  1. Kalau terlecur api, ekzos paip, air panas... cepat-cepat tampal aloe pada tempat kesakitan itu selama 20 minit. Lelendir aloe itu akan menyejukkan bahagian kesakitan. Jadi tak payah jumpa doktor.
    Selain itu, aloe melawaskan sembelit. Makan sehilis sepanjang 3 cm sahaja. Ia boleh direbus sebagai manisan. Jangan loba, kalau makan lebih daripada 6 cm, fikir apa boleh jadi?
    Jawapan: Mesti pakai pampers semasa di bilik kuliah...b

    ReplyDelete
  2. Satu pengetahuan baru..thanks to both of u.Sebenarnya kalau untuk kurangkan panas badan semasa demam tu pernahlah diamalkan tapi..bab sembelit tu ngeri juga..bak kata Hoo nt kena pakai pampers pula..fuyoo!Sebab ianya dimakan..kita tak pasti kesan sampingannya, mungkin sikit je dah berkesan..

    ReplyDelete