Wednesday, April 7, 2010

Mengapa Perlunya Penggunaan Komputer Dan ICT Dalam Pendidikan

Dalam sesuatu pengajaran secara tradisional, walaupun ianya menjanjikan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan namun demikian ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan kekangan. Dalam pengajaran tradisional, komunikasi sehala banyak berlaku dimana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ianya sebagai satu matapelajaran yang sukar untuk difahami.

Kehadiran komputer serta teknologi moden (ICT) yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia ada di dalam pembelajaran tradisional. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaannya adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan maklumat tersebut kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik. Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat juga melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsang minda pelajar selain dari faktor ianya tidak membosankan. Soalan-soalan latihan juga boleh dimuatkan selepas setiap isi kandungan pembelajaran selesai diperjelaskan agar pelajar dapat menilai tahap kefahamannya disamping memperkukuhkan isi pembelajaran tersebut.

Disebabkan pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh computer dan ICT, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berjaya menarik minat ramai pihak. Ianya juga telah memberi kesan terhadap corak pendidikan pada masa kini. Terdapat kemungkinan satu masa nanti pengajaran tradisional yang selama ini menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alih fungsinya oleh komputer dan teknologi lain yang setara dengannya. Namun demikian, peranan guru masih perlu dikekalkan kerana tidak mungkin teknologi boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh guru sepenuhnya. Ia hanya bertindak sebagai alat yang digunakan untuk membantu para guru memperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

6 comments:

  1. Walaupun ramai bersetuju bahawa penggunaan ICT dalam P&P dapat menarik minat ramai pelajar, tetapi ramai antara kita, guru masih menggunakan kaedah talk & chalk. Perubahan corak pendidikan daripada pengajaran traditional kepada penggunaan ICT masih --- a lot of efforts need to be put in.

    ReplyDelete
  2. Semua orang tahu ICT penting, tapi laksana tunggu 'mood'... Apa nak dikato?

    ReplyDelete
  3. Memang kita tak boleh menafikannya perihal kepentingan ICT, namun tahap kemahiran guru-guru itu yang perlu diambil kira..walau secanggih mana pun peralatan yang disediakan,tahap penggunaannya masih ditakuk lama, maka jadilah P&P secara tradisional juga ..just chalk n talk...golongan yang menganggapnya susah akan mengatakan leceh untuk guna ICT dalam P&P, betul tak? Cuba selidik cikgu-cikgu di sekolah terutama yang mengajar ETeMS berapa kerat yang masih menggunakan komputer dalam P&P mereka?

    ReplyDelete
  4. Perkembangan teknologi ICT terlalu pantas. Jadi mahu atau tidak kita seharusnya bersedia menerima letusan revolusi ICT itu dengan kesediaan yang terbuka.

    ReplyDelete
  5. Teman setuju benor dengan celoteh mike yang panjang bebenor.Cuma teman terkilan sikit dengan polisi pemberian komputer bimbit. ngapa beri kat cikgu etems je. Teman yang ngajor Bahasa Melayu tak layak ke? Teman pun tak nak ketinggalan keretapi.

    ReplyDelete
  6. Kita kena berfikiran positif bahawa sudah tiba masanya generasi kita maju kehadapan dengan segala revolusi teknologi tanpa sempadan. Apa yang penting "Kerja samaaa" - Wonderpat.

    ReplyDelete