Friday, April 16, 2010

Rahsia Penjagaan Kesihatan & Kecantikan Dalaman Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai di antara kita yang amat mementingkan penampilan serta gaya dalam menjalani kehidupan seharian. Kita selalunya mementingkan kecantikan luaran dan fizikal kita sahaja sedangkan kecantikan yang sebenar bermula dari dalaman tubuh kita. Berikut adalah beberapa petua yang ingin dikongsi bersama anda semua mengenai rahsia penjagaan kesihatan dan kecantikan dalaman.

**Minum banyak air. Bukan air coke atau yang berwarna tetapi air suam atau mineral kerana ia membantu pembuangan toksin badan dan dapat menjaga kesihatan kulit serta membakar kalori.

**Jangan asyik berjaga waktu malam kerana tidur yang secukupnya akan membantu mengurangkan kesan penuaan.

**Elakkan stress ... stress mempercepatkan penuaan. Oleh itu jangan stress selalu sebaliknya senyum. Senyum dan ketawa kerana ia membantu melambatkan kesan penuaan dan ia juga baik untuk keseluruhan kesihatan.

**Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi mereda ketegangan atau manjakan diri dengan mandian wangian dari pelbagai bunga kerana bunga mempunyai aura tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

**Untuk mengekalkan kecantikan wajah yang sentiasa berseri-seri amalkan membaca surah Yusof setiap malam. Amalkannya setiap kali anda mencuci muka dan berdandan.

**Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Minum air suam atau air mineral. Kumur-kumur sebentar dan minum air tersebut. Urut wajah dengan air dari dagu hingga ke atas dahi diiringi Selawat 3 kali, amalkan setiap hari urutan ini.

**Ketawa penghibur duka ... ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan. Jangan selalu moody atau muka masam kerana ia menambahkan kedutan di muka. Namun janganlah ketawa yang berlebihan dan boleh mendatangkan fitnah dan dosa.

1 comment:

  1. Kalau kat upsi mana boleh tidur awal .. tambah kat nak exam .. tido lewat bangun pagi .. kalau nak assignment tak siap dan sukatan exam tak habis baca ... balik sekolah lagi parah... kerja sampai petang .. tension ... nak buag relax alamat kerja tak siap ... apa pun buat yang terbaik untuk diri kita dan orang lain ... yang penting jujur dan ikhlas dalam jalankan tugas ... insyallah ...

    ReplyDelete