Tuesday, April 13, 2010

Mengapa Perlunya Penggunaan Komputer DalamPendidikan

Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi, walaupun ianya mjanjik kejayaan yg tidak blh d pertikaikan namun demikian ianya juga membawa bersamanya pelbagaimasalah dankekeangan. Dalam pengajaran tradisi, komnikasi sehala banyak berlaku dimana seseorang guru memainkantugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ianya sebagai satu matapelajaran yang sukar untuk difahami.

Kehadiran computer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya didalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi. Dalamproses pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer, penggunaan computer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik. Penggunaan pelbagai media dalamproses penyampaian maklumat juga melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsang minda pelajar selain dari factor ianya tidak membosankan. Soalan-soalan latihan juga turut dimuatkan selepas setiap bahagian agar pelajar dpat menilai tahap kefahamannya disamping memperkukuhkan pembelajaran.

Disebabkan pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh computer, penggunaan computer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berjaya menarik minat ramai pihak. Ianya juga telah memberi kesan terhadap corak pendidikan pada masa ini dan juga masa-masa yang akan datang. Terdapat kemungkinan satu masa nanti pengajaran tradisi yang selama ini menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil ali fungsinya oleh computer dan teknologi lain yang setara dengannya. Namun demikian, peranan guru masih kekal kerana tidak mungkin teknologi boleh menggantikan peranan yang dimainkanoleh guru sepenuhnya. Ia hanya bertindak sebagai alat yang digunakan untuk membantu para guru memperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilakan satu pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

3 comments:

  1. Alangkah baik jika dapat mengaaplikasikannya semasa P&P, tapi terlalu banyak kekangan ... masa penyediaan, tempat dll. Masalah laptop tak mencukupi dengan bilangan staf yang ramai. Labih malang bantak laptop dah rosak dan telah habis tempoh warranty.. Murid memang suka dengan menggunakan bahan ABM seperti itu... Dan ia satu cabaran kepada guru utnuk mempertingkatkan ilmu agar tidak diperkecilkan/ditertawakan murid.. Apa pun tahniah kepada semua kohort 9 kerana anda begitu berani menyahut cabaran

    ReplyDelete
  2. Ya...i setuju dengan pandangan jam. i percaya kebanyakan sekolah mengalami masalah yang sama, kebanyakan laptop di sekolah dah rosak, kalau bukan rosak itupun generasi yang lama...maka kenalah para pendidik usahakan sendiri untuk mencari jalan supaya memastikan ianya sentiasa diaplikasikan dalam p&p kita...demi masa depan modal insan negara kita.

    ReplyDelete
  3. Betul seperti kata khoo dan jam...sekolah saya pun semuanya rosak....yang dalam makmal pun rosak....habis camno....cikgu yang bagus, repair dengan duit sendiri...yang malas tu sukalah...kesian murid saya yang di kampung....dirumah mereka memang takada komputer...nakguna disekolah rosak la pulak....

    ReplyDelete