Friday, April 16, 2010

10 Langkah Meningkatkan Tahap Sistem Imunisasi Anda

Amalan pemakanan yang baik dan sihat sedikit sebanyak dapat membantu anda meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Antaranya ialah

1. Teh

Pengambilan teh sangat membantu meransang sistem pertahanan badan. L-theanine yang terkandung di dalam teh akan ditukar kepada ethylamine di dalam hati di mana ia memainkan peranan penting dalam proses pertahanan badan.

2. Buah-buahan

Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan lagi ia turut mengandungi antioksidan yang semulajadi yang berupaya meningkatkan pertahanan badan. Antaranya buah kiwi, mangga dan pisang.

3. Dadih

Ia banyak membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman malah tahap kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Hal ini disebabkan oleh kehadiran bakteria baik yang ada di dalam dadih mampu merangsang sistem ketahanan tubuh.

4. Air kelapa muda

Air yang beralkali ini bermanfaat dalam mencegah H1N1. Anda disyorkan meminumnya 2 kali sehari selama 3 hari. Masyarakat Thailand mengamalkan meminum air kelapa muda ini dengan kurma. Iaitu buah kurma direndam selama 2 jam sebelum diminum.

5. Sayur-sayuran

Makanan yang kaya dengan vitamin B6 bermanfaat dalam merangsang pengeluaran antibodi bagi melawan jangkitan. Ia termasuklah kobis cina, lobak merah dan sayuran hijau (sawi, bayam, kailan, kangkung)

6. Buah sitrus

Buah-buahan seperti oren, lemon dan limau bali mengandungi asid sitrik namun ia kaya dengan potassium yang sama sekali tidak menganggu sistem imunisasi badan.

7. Bunga lawang

Herba yang seringkali digunakan dalam masakan India ini merupakan salah satu bahan pembuatan Tamiflu, anti virus H1N1. Berikutan mangandungi asid shikimic dapat menghalang virus daripada terus merebak.

8. Epal hijau

Juga dinyatakan ketika diserang wabak, individu disarankan supaya memakan sekurang-kurangnya 6 biji epal hijau sehari.

9. Air kosong

Pertama yang kita sedia maklum, air kosong menjadikan kulit kita awek muda. namun ia juga dapat menghalang penularan H1N1. Kerana ia dapat menyingkir virus yang cuba membiak melalui sistem perkumuhan. Ia perlu diminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

10. Jintan manis

Air suam yang direbus dahulu dengan jintan manis dapat mencegah selsema. Malah, dalam masalah darurat ini, ia juga turut diamalkan dalam mencegah H1N1.

3 comments:

  1. Semua teh bagus. Tapi teh hijau paling bagus.
    Semua buah bagus. Tapi buah prun (kurma hitam) paling banyak antioksida! Tahniah!

    ReplyDelete
  2. ye la ho...u memang pandai tentang kesihatan...nasib baik pn. harnani ajar kita buat blog ni...blog lah kita kongsi ilmu ...dapatlah mengisi masa dan release tention...ho...kalau tention nanti cepat tua!

    ReplyDelete
  3. Ini dah jadi dokter tradisional. Boleh buka pusat rawatan mesra alam. hehehehe...

    ReplyDelete